Pada masa kini, penggunaan teknologi begitu pantas dengan peranti yang begitu serba baru. Dikabarkan bahawa windows 10 telah berhenti kemas kini data baru pada akhir tahun 2022 dan seterusnya akhir penutupan versi windows 10 pada tahun 2025. Pada pertengahan tahun 2021, Windows 11 telah diterbitkan pada peringkat pertama perbinaan 21999.00, yang menariknya versi windows 11 hanya muka depan program sahaja baru tetapi program dan sistem yang lain masih mirip windows 10. Pada 2 bulan selanjutnya, windows 11 telah diterbitkan program dan sistem baru perbinaan 22000.00. Ianya menggunakan peranti peranti kelompok tahun 2019. Yang penting sekali, keluaran windows 11 hanya jenis sistem 64-bit.
Ini akan menjadi masalah kepada pengguna menggunakan peranti yang lemah dan tidak mampu kemas kini yang terbaru. Maka, saya berkongsi software Windows 11 yang saya pelajar daripada sehabat teknologi lain.
Windows 11 boleh dimuat turun dengan kompress zip. Selepas itu, anda perlu unzipkan. Pada desktop yang masih windows 10 boleh terus kemas kini pada windows 11 dengan klik pada setup. dan terima setup itu dan tunggu loading program sistem windows 11
Istimewa windows 11 ini, bypass TPM dan tidak perlu daftar email microsoft. Terima kasih membaca maklumat ini dan selamat mencuba windows 11 yang tersedia ini.