/al-Quran

A repository to learn everything from Allah

al-Quran

A repository to learn everything from Allah

Sentuh dia tepat di hatinya maka dia akan menjadi milikmu untuk selamanya ❤️

Sentuh Quran dengan bacaan, Ujamkan dirimu padanya, Lakukan akad dalam jiwamu maka dia akan menemanimu sampai kembali kepada Rabb mu.

Kitab ini tidak ada ragu di dalamnya. Segala apa yang disampaikan, segala apa yang diceritakan, segala apa yang dijanjikan, kesemuanya itu adalah yang benar dari Allah SWT malah menjadi petunjuk bagi orang orang yang bertaqwa. Kemudian pada ayat 3 hingga 5. Allah menerangkan ciri ciri orang yang bertaqwa.

“ Orang orang yang beriman dengan perkara ghaib dan dia menyempurnakan solatnya dan menginfakkan sebahagian daripada rezeki yang Allah berikan pada mereka ”

Solat

Dalam ayat ini Allah telah menampilkan perkataan solat dalam bentuk makrifat dan dalam bentuk jamak tanpa batas. Ini bermakna ia merujuk kepada semua jenis solat tanpa batas. Jadi seharusnya orang orang yang bertaqwa itu bukan hanya melaksanakan solat lima waktu yang fardhu sahaja. Sebaliknya mereka berusaha untuk melaksanakan semua jenis solat sunnah yang pernah Nabi Muhammad SAW kerjakan.
Selain itu, perkataan solat dalam ayat ini berbentuk makrifat. Maknanya khusus. Ada aturan. Tidak boleh bebas dilakukan dan tidak boleh bebas ditinggalkan. Dilaksanakan sesuai dengan tuntunan Nabi Muhammad SAW.

Sebagai contoh, berikut merupakan semua perkataan solat yang Allah tampilkan dalam Al Quran
QS 2 : 43, 45

Oleh itu, solat yang kita kerjakan mestilah benar dan sesuai dengan tuntunan Nabi Muhammad SAW. Dalam Al Quran, Allah memberikan kita beberapa indikator atau petunjuk yang boleh kita semak sama ada solat yang kita kerjakan itu benar mahupun tidak

1. Orang yang solatnya betul mesti jadi orang baik

  • QS 29 : 45
    Orang yang solatnya benar kata Allah pasti akan mencegah pelakunya dari dua sumber keburukan iaitu Fahsyaa’ dan Munkar.
    Fashyaa’ ialah keburukan yang bersumberkan dari syahwat. Misal, kata kata jelek, memandang yang haram, mendengar yang haram, pornografi, pornoaksi.. dan lain lain.
    Munkar pula merupakan keburukan yang diingkari oleh hati yang bersumberkan dari nafsu perut dan akal. Misalnya mencuri, rasuah, berselisih, merompak, membunuh dan lain lain.

Tegasnya, tidak mungkin orang yang solatnya benar itu boleh mengeluarkan kata kata yang jelek mahupun kotor. Bahkan juga mustahil bagi orang yang solat itu, dia mengerjakan maksiat mahupun perkara perkara yang munkar.

2. Allah kata, kalau solat nya betul, mesti akan tenang

  • QS 20 : 14 – solat ialah dzikir
  • QS 15 : 9 – Al Quran itu sendiri disebutkan sebagai dzikir
  • QS 4 : 103 – kalimat taiyibah seperti tahmid, tasbih, takbir dsb juga disebut sebagai dzikir
  • QS 54 : 17, 22, 32 dan 40 – para penghafal Al Quran itu juga disebutkan sebagai dzikir. Malah disebutkan sebanyak empat kali dalam Al Quran

Tapi apa fungsi dzikir? Tafsirnya di QS 13 : 28

Yakinkanlah dari hati dan jiwa mu itu, jika dzikir mu benar di hadapan Allah SWT , hatimu pasti akan tenang

3. Orang yang solatnya betul pasti akan dimudahkan setiap urusan kehidupannya bahkan akan diberikan rezeki tanpa diduga

sesiapa sahaja yang meningkatkan taqwa kepada Allah SWT, Kami akan berikan kepada mereka jalan penyelesaian dalam apa jua jenis masalah yang sedang mereka hadapi

Ketika Allah menjanjikan jalan penyelesaian (Makhraja) kepada orang yang bertaqwa, bentuk perkataannya Allah gambarkan dalam bentuk umum dan tidak spesifik.

Seakan akan Allah nak sampaikan kepada kita bahawa katakanlah ada masalah dalam kehidupan kita yang tidak pernah selesai sampai ke hari ini, cukup tingkatkan taqwa kita di hadapan Allah SWT dan Allah akan memberikan jalan penyelesaian kepada kita dalam apa jua bentuk kesulitan yang kita sedang hadapi.
Jangankan bentuk kemudahan urusan yang Allah jaminkan, bahkan urusan rezeki yang kita tidak cari pun Allah akan kirimkan kepada kita untuk kita nikmati dalam kehidupan kita.

Bagaimanakah caranya untuk kita tingkatkan taqwa kita di hadapan Allah SWT ? Perkataan taqwa pertama telah disebutkan di QS 2 : 2 . Siapa dia orang taqwa? Ternyata ayat 3 nya menunjukkan bahawa mereka pasti akan menyempurnakan solat mereka.

Taqwa = Solution
Sempurnakanlah dan tingkatkan kuantiti ibadah solat kita untuk meningkatkan taqwa di hadapan Allah SWT.

4. Orang yang solatnya betul mesti akan berjaya dan bahagia

Dalam kehidupan, mesti ada yang kaya tapi tak tenteram, tapi ada yang miskin dan sentiasa tenang dalam hidupnya.

Orang-orang yang berjaya dalam hidup sama ada tak tenteram atau tenteram, disebut dengan Fauz.
Manakala bagi orang-orang yang bahagia meskipun kaya atau miskin, disebut dengan Farihah dalam al-Quran.

Namun demikian, orang-orang yang berjaya dalam hidup + bahagia/tenang/aman/tenteram, disebut dengan Falah. Kita boleh dengar perkataan ini sekurang-kurangnya lima kali sehari sewaktu azan dilaungkan di masjid atau surau yang berhampiran.

Tetapi, kejayaan dan kebahagiaan yang sangat sukar untuk dilepaskan itu, berubah dari kata Falah kepada Aflah.
Aflah = kejayaan dan kebahagiaan yang digenggam yang susah untuk dilepaskan.

Sungguh, orang-orang yang iman nya betul di hadapan Allah SWT mesti akan mengenggam kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupannya

Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya QS 2 : 45 - 46

Puasa

Zakat

Haji