Terma Perkhidmatan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dari WAREIHcopyright

WAREIH, dibangunkan oleh LEMBING DIGITAL RESOURCES, memberi perkhidmatan kepada pengguna untuk bergabung dengan ahli keluarga, mengumpulkan maklumat susur galur keluarga secara kolektif, merekodkan dan mengabadikan sejarah hidup pengguna dan keluarga bagi tatapan dan rujukan genarasi sekarang dan akan datang agar susur galur dan sejarah keluarga tidak lagi hilang ditelan zaman. WAREIH serta semua perkhidmatan yang tersedia didalamnya adalah hak mutlak LEMBING DIGITAL RESOURCES. Terma ini adalah persetujuan antara LEMBING DIGITAL RESOURCES dengan pengguna berhubung hak dan keistemewaan kedua-dua belah pihak berhubung penggunaan WAREIH.

WAREIH ditawarkan secara percuma kepada ‘pengguna umum’ melalui pembiayaan oleh pengiklan dimana iklan mereka akan diselit-siarkan secara strategik sebagai sebahagian dari perkhidmatan yang terangkum didalamnya. Pengguna boleh memilih umtuk menjadi pengguna premium yang terkecuali dari menerima penyiaran iklan berserta beberapa keistimewaan yang akan diumumkan dari masa kesemasa.

LEMBING DIGITAL RESOURCES memberi jaminan yang data peribadi pengguna tidak akan disalah gunakan mengikut AKTA 709, AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010. Dengan memuat turun WAREIH dan bersetuju dengan terma perkhidmatan ini, pengguna bersetuju data peribadinya diproses, digunapakai dan dikongsikan seperti yang diperlukan oleh modul fungsi aplikasi perkhidmatan yang terdapat dalam perisian WAREIH. Pengguna juga bersetuju LEMBING DIGITAL RESOURCES menggunakan data yang terkumpul bagi tujuan seperti yang dibenarkan dibawah BAHAGIAN III — PENGECUALIAN, AKTA 709 AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010.

Terma Perkhidmatan ini akan dikemaskini dari masa kesemasa.


Terma ini mentadbir kepenggunaan WAREIH kecuali apabila dinyatakan dengan jelas bahawa terma yang berasingan (dan bukan Terma ini) terpakai.

  1. Perkhidmatan yang kami sediakan

WAREIH adalah untuk memberi kemudahan kepada penggunai untuk bergabung dengan ahli keluarga mereka, berkongsi maklumat secara kolektif untuk membina susur galur dan sejarah keluarga untuk dikongsi bersama. WAREIH membolehkan ahli keluarga menubuhkan komuniti siber mereka sendiri, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mengendalikan berbagai aktiviti sosial, kebajikan, komersial dan perniagaan melalui atas talian.

Untuk mencapai misi ini, WAREIH menawarkan perkhidmatan seperti yang diterangkan di bawah:

  1. Menghubungkan ahli keluarga secara mudah.

WAREIH mempermudahkan ahli keluarga membina rangkaian ‘multi-tier’ secara kolektif dimana pengguna hanya berkongsi sedikit maklumat terhad kepada kalangan ahli keluarga mereka sahaja. WAREIH secara ‘bijak’ akan menyusun semua kumpulan keluarga menjadi satu keluarga besar pengguna. Kesemua ahli keluarga yang telah membuat pengesahan dan berdaftar dengan WAREIH akan dipaparkan kepada ahli keluarga lain bergantung kepada ‘privacy setting’ yang dipilih. Untuk mengenali ahli kelurga dengan lebih dekat, maklumat peribadi seseorang ahli keluarga itu boleh dicapai melalui muka surat profile yang disediakan, bergantung kepada ‘privacy setting’ yang dipilih.

  1. Membina susur galur keluarga melalui perkongsian maklumat kolektif antara ahli kelurga.

WAREIH secara ‘bijak’ akan mengenalpasti hiraki kekeluargaan dan memaparkan ‘pangkat’ ahli keluarga mengikut norma kekeluargaan sedia ada. Paparan ini membolehkan pengguna mengenali dan mengetahui susur galur keluarga mereka dan mengekalkanya untuk diwarisi oleh generasi akan datang.

  1. Menyediakan aplikasi untuk merekod dan mengabadikan sejarah ahli keluarga.

WAREIH mengintegrasikan aplikasi ‘pictory’ untuk ahli keluarga merekod dan mengabadikan cerita bergambar sejarah hidup mereka untuk rujukan dan tatapan generasi hari ini dan akan datang, bergantung kepada ‘privacy setting’ yang dipilih. ‘Pictory’ memberikan kemudahan kepada pengguna memuat naik gambar dan catatan sejarah hidup mengikut tarikh peristiwa agar ianya mudah dirujuk ataupun sekadar tatapan dan bacaan. Saiz ‘pictory’ diberikan kepada pengguna terhad sehingga 2GB secara percuma.

  1. Mengadakan platform untuk rujukan susur galur dan sejarah keluarga serta mengekalkanya untuk kegunaan dan tatapan generasi akan datang.

WAREIH ‘committed’ untuk mengekal perkhidmatanya secara berterusan dan berkekalan agar ianya menjadi satu platform unik dan khusus untuk mengekalkan susur galur dan sejarah keluarga zaman berzaman. Semua akaun pengguna akan disimpan dengan selamat sehingga selepas kematian pengguna. Pengguna boleh memilih untuk mewariskan akaun kepada waris terdekat sebelum kematianya. Sekiranya tiada pewaris dilantik, semua akaun akan kekal menjadi milik WAREIH dan syarikat pemegang haknya.

  1. Memberi kemudahan eklusif untuk ahli keluarga berkomunikasi diatas satu platform.

Disamping aplikasi teras, WAREIH juga menawarkan perkhidmatan komunikasi dalam bentuk ‘forum’ , ‘chat’ dan ‘buletin’ eklusif untuk ahli keluarga. Ahli keluarga bebas untuk memulakan dan menutup aplikasi komunikasi yang diperlukan. WAREIH tidak akan menyimpan data-data komunikasi dan akan sebolehnya melindungi maklumat dan kandungan komunikasi pengguna.

  1. Menyediakan satu lagi platform alternatif eklusif untuk ahli keluarga menjalan aktiviti sosial, kebajikan dan perniagaan.

Untuk menambah nilai, WAREIH juga mengintegrasikan perkhidmatan aplikasi untuk tujuan urusan kewangan dan perniagaan eklusif untuk ahli keluarga sahaja. Ahli keluarga bebas melakukan transaksi kewangan, kebajikan dan perniagaan yang tidak bercanggah dengan undang-undang Malaysia. WAREIH tidak memantau apa-apa transaksi yang dilakukan oleh pengguna walau bagaimanapun log transeksi akan disimpan bagi tujuan rujukan hanya sekiranya terdapat laporan atau arahan dari pihak berkuasa.